Tuesday, June 25, 2013

4peringkat solat


Adapun solat itu ada 4 peringkat, 1 diterima oleh Allah Taala 3 ditolak oleh Allah Taala :-

1) Solat orang yang khusyuk :
:dia faham apa yang dibaca, dia fokus pada perbuatan dan betul setiap rukun solat, hatinya mahu keredhaan Allah Taala::

2) Solat orang yang riak :
:dia nie mak aih..smua solat sunat dia baham TETAPI setiap solat yang dilakukan nak bukan nak redha Allah dan bukan juga niat kera...na Allah tapi nak suruh org tengok dia nie wat amal..haih kesian sia-sia::

3) Solat orang yang lalai :
:asal jer angkat takbir..terus teringat kat dunia luar...angkat takbir dalam hati err lepas nie nak tengok cerita sinentronlah bawang besar bawang goreng...sampailah 13 rukun solat duk teringat kat sinentron..::

4) Solat orang jahil Y2K :
:yang nie lagi kesian..orang duk wat kem solat bestari x nak pergi alasan dah tua nanti malu orang tgk..akibatnya yang al-fatihah dibaca ketika rukuk yang sujud dibaca do iftitah..yang tahiyat akhir dan awal baca doa qunut..habis tunggang langgan solat dibuatnya yang 2 rakaat dibuat 1 rakaat yang 3 jadi 2,yang 4 dia bahagia pula 2:: ::Oleh itu ana nak berpantun 2,3 kucing berdiri jadi sama-sama muhasabah diri.. check diri kita adakah kita berada di peringkat 12,3,4..jadi tepuk dada tanya sama Iman::

0 comments:

Post a Comment